Life....this is how it goes....


Blog For Free!


Archives
Home
2004 April
2004 March
2004 February
2004 January
2003 December

My Links
Pearl's Blog
Edenstatik's Blog
Levre's Blog
Izza's Blog
Irhakim's Blog
Mieji's Blog
hazrat
Sweetysutie's Blog
Txh62's Blog
Linsaabani's Blog
Rose61's Blog
Ajan-Rpi
deya-wisconsin
nash-cwru
nazatulshima
ustak-cwru
syuhan-cwru
effa
laura-wiscon
Bro Faiz
inner-implicity
my guestbook
inaja

tBlog
My Profile
Send tMail
My tFriends
My Images


Sponsored
Blog



MaWar
04.09.04 (1:07 pm)   [edit]
Mawar...
Indah Rupamu
Harum Baumu
Cantik Warnamu
Kau Ibarat Indahnya Seorang Wanita

Wanita...
Sedari Dirimu Ibarat Sekuntum Bunga
Ciptaanmu Kebesarannya
Ciptaanmu Suatu Simbolik
Kau Wujud Kerana Adam
Sunyinya Adam Di Syurga
Kesepian Keseorangan..
Walau Pelbagai Nikmat Di Syurga
Namun... Adam Masih Mencari Sesuatu
Mengisi Kekosongan Jiwa
Memenuhi Keinginan Naluri


Dan...
Rabbnya Tahu
Maka Diciptakannya Hawa
Berlainan Sekali Sifatnya Dari Adam
Terpesona Adam Memandang
Bukti Keagungan Tuhan
Itulah Hakikatnya
Jangankan Lelaki Biasa
Nabipun Terasa Sunyi Tanpa Wanita
Betapa Wanita Itu Dicipta
Pelengkap Hidup Seorang Lelaki
Penyambung Keturunan
Meramai Umat Muhammad Saw

Wahai Wanita...
Penciptaanmu Cukup Indah
Mengapa Perlu Diubah-Ubah
Padamu Segalanya Lengkap
Bisa Menggoncang Naluri Lelaki
Tidak Perlu Ditambah-Tambah
Tidak Perlu Dibuang-Buang
Tidak Perlu Diubah Elok Ciptaannya
Selidiki Dirimu
Apa Yang Tiada Padamu...
Dari Hujung Rambut Ke Huung Kaki
Kau Sememangnya Cantik

Namun...
Perlu Diingat
Kecantikanmu Bukan Bahan Tontonan
Kecantikanmu Bukan Suatu
Kebanggaan
Cantik Rupamu Perlu Dihias
Hiasilah Dirimu Dengan Hiasan Iman
Ilmu Dan Akhlak
Indah Pekertimu Elok Peribadimu
Pastinya Kau Idaman
Pria Budiman
Kau Bakal Serikandi Terbilang
Kau Bakal Isteri Solehah
Di Sisi Seorang Suami Idaman
Kau Bakal Ummi Kesayangan
Buat Insan Yang Bakal Kau Lahirkan
Penyeri Hidup Kau Dan Dia

Namun...
Harus Kau Ingat...
Walau Kau Ibarat Sekuntum Mawar
Kau Bukan Mudah Dipetik
Kau Bukan Bunga Jalanan
Kau Bukan Untuk Lelongan
Kau Bukan Bahan Pameran
Tapi Kau...Muslimah Beriman
Kau Punya Pegangan
Kau Punya Maruah
Kau Punya Harga Diri
Yang Perlu Kau Aga Dan Pelihara
Agar Tidak Diceroboh Lelaki Sembarangan

Kau Berhak Memilih...
Siapa Yang Terbaik Buatmu
Tempat Kau Bergantung Harap
Tempat Kau Menumpang Kasih
Tempat Kau Menabur Sayang
Tempat Kau Memberi Cintamu
Jangan Kau Tersilap Memberi Cinta
Andai Cinta Itu Hendak Diberi
Berilah Pada Yang Berhakmenerimanya
Carilah Yang Beriman
Carilah Yang Mampu Memimpinmu
Kerana Lelaki Dicipta Sebegitu
Sebagai Pelindung Seorang Wanita
Tunggak Keluarga
Bakal Pemimpin Rumahtangga

Kau Wanita
Bakal Berdiri Di Sisi Suami
Sebagai Pembantu Suamimu
Dalam Melayari Dunia Rumahtangga
Dunia Yang Kadang-Kala Cerah
Kadang-Kala Redup
Itulah Hakikat Kehidupan Rumahtangga
Binalah Rumahtanggamu Berlandaskan
Ketetapan Allah... Carilah Keredhaannya
Agar Kamu Bisa Bahagia.
Tanpa Redhanya, Jalan Yang Kau Lalui
Terasa Suram Dan Kelam, Penuh Kepayahan

Ingatlah..
Kau Wanita, Penuh Makna , Penuh Simbolika...


 
.perhatian
04.08.04 (12:09 pm)   [edit]
blog ni aku takmo update selalu dah sebab dah ade blog yg kedue ....chow cin chow
 
hrm..ari nih
04.02.04 (3:07 pm)   [edit]
terubatlah sikit tadi..balik dalam ujan yang kindda lebat, naik beskat tersedu-sedan..agaknye..nilah salah satu dugaan org study kat luar negara nih,jauh dari family,balik dari kelas,naik beskal dengan kene ujan...balik umah kalau takde orang dan takde makanan...sure lagi sedey..kalau kat umah sendiri,ader mak kite kan..die mesti bagi kat kite tuale :) suh lap kepale sambil membebel kate kite main ujan..teraselah ader org kat situ,kalau balik umah senyap je...sedey ootapi alhamdulilahlah...bukak pintu umah tadi ader tini pastu ade express mail untuk aku...alhamdullilah...visa aku dah sampai,cuak gak aku sebab kene pos pasport ke embassy morocco tuh,malumlah..bende melibatkan pasport ni,sape tak cuak beb...settle dah semue..tinggal sesikit lagi preparation nak gi sane,tunggu end of this month,duit masuk,leh lah beli sesikit lagi untuk buah hati sorang tuh :lol: ,lepas tu berite baik lagi,check result exam kelas map tuh,alhamdulilah,lepas average.thanks alot to ana,die banyak tolong aku,kalau ana takde sure byk aku tak paham,sure takleh nak jawab nih,congrats jugak kat ana sebab die dpt 90+++ :),cume still terkilan dengan result econ 361 tuh,aku banyak main untuk kelas tuh,sayang sangat,nak ke istiqomah nih cam tini,result die ok kali ni :),congrats beb,improvment tu...aku ni..alahai...
 
changes...
04.02.04 (1:24 pm)   [edit]
thinking 'bout something more colorfull....more kay..heheh..`ill do somthng bout that..
 
kawin...
03.29.04 (1:39 pm)   [edit]
Kahwin adalah suatu yang baik dalam Islam sehingga ia menjadi sunnah. Islam juga telah menggariskan hukum2 dlm perkahwinan. Semua perkara yang baik syaitan tak suka. Kita selalu dengar ada orang kata bila belum kahwin semuanya indah, tapi lepas kahwin semuanya tak seindah dahulu. Akan ada sahaja benda yang tak puas hati, ada sahaja benda yang tak betul, dan banyak lagi. Maybe part of it memang kesalahan 'kita'. Tapi sebenarnya ada syaitan yang take part untuk mengapi2kan hati pasangan suami-isteri, jiran2, saudara-mara dan etc. Sebenarnya hal tu kecil je. Tapi diperbesar2kan sehingga menjadi satu beban dan masalah dan akhirnya rosaklah perkahwinan kita. So kita kena banyak berdoa agar dijauhkan dari bisikan syaitan.

Berkenaan dengan berkahwin tanpa cukup persiapan nafkah zahir sehingga menyebabkan masalah di awal dan pertengahan perkahwinan dan generasi akan datang memang banyak berlaku dikalangan kaum kita. Tapi apa sebenarnya punca kepada masalah ini? Bagi ana, 'kurangnya ilmu', 'malas' dan 'tidak bersyukur' adalah punca utama. Ada sorang senior ana pernah kata yang seandainya umat Islam tahu akan barakah suatu perkahwinan, maka tidak akan ada masalah sakit jiwa, dera dan penceraian. Yang memastikan keteguhan sebuah perkahwinan itu sebenarnya adalah iman yang dapat dari ilmu dan amalan kita. Pasal tu banyak perkahwinan yang tidak melalui zaman percintaan sebelum kahwin masih dapat hidup bahagia. Tapi mmg ana tak nafikan mana ada satu perkahwinan yang tidak pernah dilanda hujan...

InsyaAllah kita semua akan kahwin (yang dah kahwin akan teruskan perkahwinan). Both parti kena berusaha untuk perkahwinan yang dibina. Takde siapa yang dapat meng'happy'kan sebuah rumahtangga melainkan 'kita' yang happykan keadaan. Takde sape yang boleh ubah nasib kita melainkan kita yang berusaha mengubahnya. Iman, toleransi, kesabaran and usaha pada ana adalah aspek utama dalam perkahwinan. Lagi satu ana rasa ada betul juga proverb org putis ni "what you give, you get back". Semoga Allah mempermudahkan urusan dan memberkati perkahwinan dan kekeluargaan kita.

Just nak kongsi sikit from ceramah ustaz Syamsuri... perempuan yang baik itu ada tiga:
1) Perempuan yang murah isi kahwin (mahar) nya
2) Perempuan yang kahwin awal
3) Perempuan yang cepat menyerahkan rahimnya (dapat anak) bagi yang telah berkahwin.

wallahu'alam
***petikan dari myqalam.cjb.net.. ape lagi beb??kawin jgn tak kawin :)
 
cute...
03.28.04 (8:53 am)   [edit]
 its my pleasure to be with you....
 
kita....
03.28.04 (12:29 am)   [edit]
Yantzen
.:Insan:.

Kita adalah insan
Menumpang atas dunia
Aku dengan caraku
Yang sederhana

Kita adalah hamba
Berbakti pada Yang Esa
Aku mencari sinar
Keredhaannya

Kita sama sahaja
Bezanya cuma amalan kita
Engkau dan juga aku
Saling perlukan

Oh cinta yang murni
Sebagai ikatan
Yang kukuh di hati
Demi masa depan
Jangan dihancurkan
Hidup yang indah ini
Akibatnya merana

Jangan hancurkan
Hidup yang indah
Kita adalah hamba Yang Esa

Copyrigth © 1999 Imnogman(TM) (ZZZ Reversed Tech, Inc.)

 
....
03.27.04 (6:38 pm)   [edit]
aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa aaaaaaaaaaaaaaaaaaa
aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa aaaaaaaaaaaaaaaaaaa
aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa aaaaaaaa
 
long distance relationship...
03.27.04 (6:32 pm)   [edit]
korg penah tak rase tension dengan long distance relationship nih???tak tension ke bile kite call die ke,die call kite ke...pastu tak clearlah..tak dengarlah..suare sayup sayup lah.....crosslinelah...korg tak penah ke tension?????
 
Dendang remaja..
03.27.04 (10:48 am)   [edit]
huhuh...mornin' all...dah 27 dah ari nih..kejap je rase...,ari sabtu...ari tuk melepak...hehehe,tengah membelek ebay sesambil dengar lagi nih..tetibe lak kuar lagu dendang remaja nih...pergh..teringat lah pulak zaman dulu..rindu siut..zaman sekolah..the best moment..rase cam tak nak besar..nak duk je kat sekolah,study bebodo,gossip gossip,syoknye,perangai bebudak,seronokkan kalau jadi bebudak...tgh saham naik tuh,tengah dok gatal mengusha dak dak laki sekolah lain,seklah sendiri mane ader kelas...heheheh...cite dululah nih,aiilah...cepatnye mase berlalu,sedar tak sedar,hampir 4 tahun dah tinggalkan zaman sekolah,jumpe kengkawan mase balik tuh pun,sume dah lain,dah beranak pinak pun ramai..ramai gak dak sekolah aku masuk stamford college nuh..tup tup jadi secretary dah depa..lain sungguh mase sekolah,dulu sememeh je..sekarang ni,mak datuk..cun abih..dak dak sekolah yg gatal dulu rata-rata dah kawin,cepat betul jodoh diorg kan,alhamdulilah,tapi..mmg syok ah time sekolah..takyah pepikir mende..lepak je..tapi..for surelah,bile aku keje nanti,i`m gonna miss university life plak,sekrg nih biase ah ..dok kate bosan memanjang,bile dah grad nanti,sure aku balik mase emas 4 tahun aku kat sini..menn...how can time run that fast????? ini sume salam clock maker...heheheh...mengamalkan deism...hehehhe..kengkonon ah...die wat je jam tuh,pastu tak control dah jam tuh...biaq pi je jam tu gerak..kalau die pakai remote kontrol ke..ok ah gak kan..hehehhe..leh kontrol jamm....bengongnye kay...,ish,serius rindu time sekolah,time takde lesen kete,,dok curi kete bapak bwk pusing kl,berlagak cam org besau,laa ni dah besau,nak jadi kecik balik...life...takut pulak bile dah besar nih..life university nih..senang je..ari -ari kire bile cuti...kire bile exam..heheh,bile nak exam tuh,mulala..biasa ah kan kengkawan kan,time enjoylah kut study nih,takdelah stress sgt study nih actually,kengkadang je.bile last minute study..tapi kejap jelah...after exam tuh,lepak balik,pastu abih satu sem..masuk sem lagi satu..summer ke winter ke pi cuti...jumpe kengkawan,takpun balik msie jumpe kwn...eiiiiiii....nak balik zaman sekolahhhhhhhhhhhhhhhhhhh hhh........
 
Think Positive!!
03.26.04 (6:30 pm)   [edit]
Think Positive!!

This is nice - finding positive out of every negative - which we don't always manage to do. I am thankful...

1. For the husband who snores all night, because he is at home asleep with me and not with someone else.

2. For my teenage daughter who is complaining about doing dishes, because that means she is at home & not on the streets.

3. For the taxes that I pay because it means that I am employed.

4. For the mess to clean after a party because it means that I have been surrounded by friends.

5. For the clothes that fit a little too snug because it means I have enough to eat.

6. For my shadow that watches me work because it means I am out in the sunshine.

7. For a floor that needs mopping, and windows that need cleaning because it means I have a home.

8. For all the complaining I hear about the government because it means that we have freedom of speech.

9. For the parking spot I find at the far end of the parking lot because it means I am capable of walking and that I have been blessed with transportation.

10. For the noise I have to bear from my neighbours because it means that I can hear.

11. For the pile of laundry and ironing because it means I have clothes to wear.

12. For weariness and aching muscles at the end of the day because it means I have been capable of working hard.

13. For the alarm that goes off in the early morning hours because it means that I am stilll alive.

And finally ....... for received personal and meaningful forwarded e-mails because it means I have friends who are thinking of me.


 
Joget Sayang Di Sayang .....
03.25.04 (3:56 pm)   [edit]
Anita Sarawak

Joget Sayang Di Sayang

Sungguhlah hitam si ikat mayang
Manisnya muka bertahi lalat
Janganlah mudah berkata sayang
Asal berjumpa hati terpikat

Sayang selasih tumbuh di muara
Hujan di hulu jernih airnya
Sayang kekasih berpada pada
Selami dulu hati budinya

Adik jangan menggoda
Jangan tunjuk lawa
Biar cantik di mata
Manis budi bahasa

Bila dia merayu
Jangan lupa diri
Nampak macam pemalu
Sudah ada isteri

Abang apa kurangnya
Suka nak melaram
Bikin hati adik naik geram

Buah kepayang gugur di rimba
Biarkan saja tumbuh benihnya
Sayang menyayang teruna dara
Asalkan saja ada batasnya

***heheheh....mari ke berjoget kejap...cakpong cakpong..ewahhh
 
Did we do anything for this???renung-renungkan....
03.23.04 (11:44 am)   [edit]
Penduduk Palestin berkabung tiga hari


RAMALLAH: Presiden Palestin Yasser Arafat mengisytiharkan tempoh berkabung tiga hari di semua wilayah Palestin mulai semalam berikutan pembunuhan kejam Israel ke atas pemimpin dan pengasas pergerakan Hamas, Sheikh Ahmed Yassin.

Perdana Menteri, Ahmed Qurei pula menyifatkan keganasan terbaru Israel itu ‘satu jenayah terbesar pernah dilakukan kerajaan Israel.’

Pemimpin Ikhwanul Muslimin Mesir, Mohammed Mahdi Akef, pula memberi amaran kepada Amerika Syarikat dan Israel serta menegaskan umat Islam tidak akan aman selagi rejim Zionis tidak diusir dari rantau itu.

Di Kaherah, beratus-ratus pelajar Universiti al-Azhar yang mengadakan demonstrasi di kampus pusat itu, menggesa umat Islam khususnya kumpulan pejuang Briged al-Aqsa, sayap bersenjata Hamas bangkit membalas dendam.

Jurucakap kumpulan pejuang Palestin, Abu Abeer berkata Israel akan menyaksikan serangan balas yang lancar dan serius selepas ini.

Di Khartoum, pemimpin Islam Sudan, Hassan Turabi, memberitahu stesen al-Jazeera pembunuhan Yassin akan memberi kesan kepada semua negara Arab, termasuk tekanan ke atas negara yang selama ini memandang ringan masalah Palestin.

Di Washington, Amerika yang juga sekutu utama Israel sebaliknya memberi reaksi dengan menggesa semua pihak yang terbabit dalam konflik itu bertenang.

Reaksi sama turut dinyatakan Menteri Luar Australia, Alexander Downer yang turut menuduh Yassin terbabit dalam serangan berani mati ke atas warga awam Israel. – AFP/Reuters
 
...
03.22.04 (4:12 pm)   [edit]
Alhamdullilah.....ticket kapal terbang sampai juge akhirnye...setelah 3 minggu aku menanti....
 
Suratan Atau Kebetulan
03.22.04 (12:01 pm)   [edit]
Suratan Atau Kebetulan

Sesuatu yang tak disangka
Seringkali mendatangi kita
Itukah satu suratan dalam kehidupan
Atau sekadar satu kebetulan

Kita asyik membicarakan
Persoalan hidup dan pilihan
Serta kejujuran semakin berkurangan
Masih tiada bertemu jawapan

Walau kita dihadapkan dengan berbagai pilihan
Mengapa sering terjadi
Pilihan tak menepati
Hingga amat menakutkan
Menghadapi masa depan
Seolah telah terhapus sebuah kehidupan yang kudus

Pertemuan sekali ini
Bagi diri ku amat bererti
Tapi ku bimbang untuk menyatakan
Bimbangkan berulang kesilapan

( Ulang Rangkap * )

Sesuatu yang tak disangka
Seringkali mendatangi kita
Itukah satu suratan dalam kehidupan
Atau sekadar satu kebetulan

 
Don`t want to know..
03.20.04 (12:21 pm)   [edit]
Don`t wanna know where
Don`t wanna know who
Don`t wanna know when
Don`t wanna know whom
just wanna know nothin'
..Don`t bug me.........please don`t bug me.................huarghhhhhhhhhhhhhhh
 
today
03.20.04 (11:45 am)   [edit]
ini hari ...hari ini...ini dan hari...hari dan ini...hehehe..kay tgh biol..nway..sini dah kul 12:36 tghari and still aku tak mandi lagi..the very the lazy girl..hehehe...cik kay yg pemalas...ari ni bangun awai..sebab semlm tidoq awai...tak taulah cheq oii..semalam aku dok bantai tidoq dr kul 8 mlm tu sampailah kul 3 pagi tadi...bangulan kul 3 pagi tuh...takleh wat pa dah..mata takmo pejam dah nih...pi chattin ngan kawan satu dua sat..pastu solat...pas solat maleh agi nak bukak buku ...aku pi bantai buat nasik lemak...dok bagi suma org gemuk...haih mana aci aku gemuk sesorg...hehehheh....dok aih...aku dah tak tau nak buat apa...pi lah dapuq tgk apa patut...belasahlah segala apa yg kat dapuq tuh..la ni nak kuaq nih...nak pi kuaq ngan kak afgha nih....heheh..biasye aaaa...hal owang pompuan....adios...
 
Hepi birthday....
03.19.04 (12:00 am)   [edit]

to ma' lovely gurl...emy...she's now kat skudai...utm nun...wanna wish he a happy happy happy 21st birthday..i try to reach her via phone...but failed..mane tah minah ni gi..nway.,,shes one in million...on of the bestest fren ever...and will be..foeva..tak sangka kan emy..kau dah 21...ingat tak mase sekolah dulu?rase macam baru semlm kite tinggalkan zaman persekolahan...almost 4 years dude...unbelievable....huarghhh i miss you gurl...i`ll get something for you k...muuuahs...cup cup cup....be a good gurl kay..... -kamalia-
 
yehaaa
03.18.04 (12:14 am)   [edit]





 



alhamdulilah...baru hari nih internet kat umah dah leh pakai dah..itulah pasal aku tak update lama dah nih...tak syok ah nak upgrade kat library..sume org nampak maaaa :oops: heheheh.....malu tuh....nway...dulu aku pakai msn broadband...banyak lah pulak problem die..ni baru tukar cox nih..memintaklah sumenye ok..last week baru beli ticket ke morocco..huhuh..syoknye...nak pi morocco..tak sabarnyee rase...ni cik abg aku nih pun satu...flight sesemlm....patut sampai dah morocco tuh..pastu die tak call...hampeh tul...risau aku dibuatnye...pre-marriage lah katakan kan...hehehehhe....ish...sat no...nature call...
 
Need to control marah oooo....haiya...
03.06.04 (10:20 am)   [edit]
Kelemahlembutan adalah akhlak mulia. Ia berada diantara dua akhlak yang rendah dan jelek, yaitu kemarahan dan kebodohan. Bila seorang hamba menghadapi masalah hidupnya dega kemarahan dan emosional, akan tertutuplah akal dan pikirannya yang akhirnya menimbulkan perkara-perkara yang tidak diridhoi Allah ta’ala dan rasul-Nya. Dan jika hamba tersebut menyelesaikan masalahnya dengan kebodohan dirinya, niscaya ia akan dihinakan manusia. Namun jika dihadapi dengan ilmu dan kelemahlembutan, ia akan mulia di sisi Allah ta’ala dan makhluk-makhluknya.
Orang yang memiliki akhlak lemah lembut, insya Allah akan dapat menyelesaikan problema hidupnya tanpa harus merugikan orang lain dan dirinya sendiri.

Melatih diri untuk dapat memiliki akhlak mulia ini dapat dimulai dengan menahan diri ketika marah dan mempertimbangkan baik buruknya suatu perkara sebelum bertindak. Karena setiap manusia tidk pernah terpisahkan dari problema hidup, jika ia tidak membekali dirinya dengan akhlak ini, niscaya ia gagal untuk menyelesaikan problemanya.

Demikian agungnya akhlak ini sehingga rasullah memuji sahabatnya Asyaj Abdul Qais dengan sabdanya :
“Sesungguhnya pada dirimu ada dua perangai yang dicintai Allah yakni sifat lemah lembut (sabar) dan ketenangan (tidak tergesa-gesa)”. (HR. Muslim)

Akhlak mulia ini terjadang diabaikan oleh manusia ketika amarah telah menguasai diri mereka, sehingga tindakannya pun berdampak negatif bagi dirinya ataupun orang lain.
Padahal rasulullah sudah mengingatkan dari sifat marah yang tidak pada tempatnya, sebagaimana beliau bersabda kepada seorang sahabat yang meminta nasehat :
“ Janganlah kamu marah.” Dan beliau mengulanginya berkali-kali dengan bersabda : “Janganlah kamu marah”. (HR. Bukhari). dari hadits ini diambil faedah bahwa marah adalah pintu kejelekan, yang penuh dengan kesalahan dan kejahatan, sehingga rasulullah mewasiatkan kepada sahabatnya itu agar tidak marah. Tidak berarti manusia dilarang marah secara mutlak. Namun marah yang dilarang adalah marah yang disebabkan oleh hawa nafsu yang memancing pelakunya bersikap melampaui batas dalam berbicara, mencela, mencerca, dan menyakiti saudaranya dengan kata-kata yang tidak terpuji, yang mana sikap ini menjauhkannya dati kelemahlembutan.

Didalam hadits yang shahih Rasulullah shalallahu ‘alahi wa sallam bersabda : “ Bukanlah dikatakan seorang yang kuat itu dengan bergulat, akan tetapi orang yang kuat dalam menahan dirinya dari marah”. (Muttafaqqun’alahi).

Ulama telah menjelaskan berbagai cara menyembuhkan penyakit marah yang tercelah yang ada pada seorang hamba, yaitu :

1. Berdoa kepada Allah, yang membimbing dan menunjuki hamba-hambaNya ke jalan yang lurus dan menghilangkan sifat-sifat jelek dan hina dari diri manusia. Allah ta’alah berfirman : “ Berdoalah kalian kepadaku niscaya akan aku kabulkan.” (Ghafir: 60)

2. Terus-menerus berdzikir pada Allah seperti membaca Al-Quran, bertasbih, bertahlil, dan istigfar, karena Allah telah menjelaskan bahwa hati manusia akan tenang dan tenteram dengan mengingat Allah. Allah berfirman : “Ingatlah dengan mengingat Allah hati menjadi tenteram” ( Ar-Ra’d : 28)

3. Mengingat nash-nash yang menganjurkan untuk menahan marah dan balasan bagi orang-orang yang mampu manahan amarahnya sebagaimana sabda nabi shalallahu ‘alaihi wasallam : “ Barangsiapa yang menahan amarahnya sedangkan ia sanggup untuk melampiaskannya, (kelak di hari kiamat) Allah akan memanggilnya di hadapan para makhluq-Nya hingga menyuruhnya memilih salah satu dari bidadari surga, dan menikahkannya dengan hamba tersebut sesuai dengan kemaunnya “ (HR. Tirmidzi, Ibnu Majah dan dishahihkan oleh Syaikh Al-Albani, lihat shahihul jami’ No. 6398).

4. Merubah posisi ketika marah, seperti jika ia marah dalam keadaan berdiri maka hendaklah ia duduk, dan jikalau ia sedang duduk maka hendaklah ia berbaring, sebagaimana sabda rasulullah shalallahu alaihi wa sallam :
“ Apabila salah seorang diantara kalian marah sedangkan ia dalam posisi berdiri, maka hendaklah ia duduk. Kalau telah reda/hilang marahnya (maka cukup dengan duduk saja), dan jika belum hendaklah ia berbaring.” (Al-Misykat 5114).

5. Berlindung dari setan dan menghindar dari sebab-sebab yang akan membangkitkan kemarahannya.
Demikianlah jalan keluar untuk selamat dari marah yang tercela. Dan betapa indahnya perilaku seorang muslim jika dihiasi dengan kelemahlembutan dan kasih sayang, karena tidaklah kelemahlembutan berada pada suatu perkara melainkan akan membuatnya indah. Sebaliknya bila kebengisan dan kemarahan ada pada suatu urusan niscaya akan menjelekkannya. Rasulullah shalallahu alaihi wa sallam bersabda : “ Tidaklah kelemahlembutan itu berada pada sesuatu kecuali akan membuatnya indah, dan tidaklah kelembutan itu dicabut kecuali akan menjadikannya jelek.” (HR. Muslim).
 
4 Orang Lelaki Yang Ditarik Wanita Ke Neraka
03.06.04 (9:55 am)   [edit]
Seseorang wanita itu apabila di yaumal alkhirat akan menarik empat golongan lelaki bersamanya ke dalam neraka.

Artikel ini bukan untuk memperkecilkan wanita tetapi sebaliknya iaitu supaya kaum lelaki memainkan peranannya dengan hak & saksama serta berwaspada akan tanggung-jawab yang dipikul!

1. Ayahnya
Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji & sebagainya. Dia memperbiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.....tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

2. Suaminya
Apabila sang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat,memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram apabila suami mendiam diri walaupun dia seorang alim seperti solat tidak bertangguh, puasa tidak tinggal maka dia akan turut ditarik oleh isterinya.

3. Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya.....jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM ...tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

4. Anak Lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram dari Islam,bila ibu membuat kemungkaran pengumpat,mengata & sebagainya maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak. Nantikan tarikan ibunya ke neraka.

Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat ,maka kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka.

Firman ALLAH SWT:-
"HAI ANAK ADAM PERIHARALAH DIRI KAMU SERTA AHLIMU DARI API NERAKA DI MANA BAHAN PEMBAKARNYA IALAH MANUSIA,JIN DAN BATU-BATU..."

Harga seseorang muslim adalah sangat berharga. ALLAH SWT nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA,semua kaum muslim dijamin masuk syurga (sesiapa yg mengucap kalimah tauhid) dengan itu janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji dan peluang yg ALLAH SWT berikan pada kita.

 
Great stuff...
03.06.04 (8:54 am)   [edit]
[b][u]http://www.b4death.com/fla/ne...[/u][/b]
 
You Are Never Alone......
03.06.04 (8:49 am)   [edit]
You Are Never Alone
Sometimes when the world's not on your side
You don't know where to run to
You dont know where to hide
You gaze at the stars in the sky
At the mountains so high
Through the tears in your eyes
Looking for a reason to replace what is gone
Just remember, remember
That you are never alone
Chorus: You are never alone
Just reach into your heart and Allah is always there
You are never alone
Through sorrow and through grief
Through happiness and peace
You will never be alone
So now, as you long for your past
Prepare for you future
But knowing nothing's gonna last
You see, this life is but a road
A straight and narrow path
To our final abode
So travel well O Muslim
and Paradise will be your home
and always remember that you are never alone...

you are never  alone....

 
Today...
03.05.04 (7:39 am)   [edit]

salamz... huhuh...its been a week dah tak tulih blog nih...kenape lama tak tulih blog?sebab busy..nape bz?sebab banyak keje sekolah n exam..nape banyak keje sekolah?sebab aku ni mmg tgh sekolah...hehehehe...sedihnyelah hai cerite this week...week yang bzlah katekan...biasyelah..kelas persemester nih..kengkadang sakit otak jugak..bile takde assigment tuh...mmg rilek je...tapi kalau ader assigment tuh..mak ai...bertimpa-timpa..aku ingat lecturer sume nak suh wat keje mase spring break ni ke...bolehlah aku rilek..aleh aleh...kene settle by next week...before spring break...huarghhhhh ..dah tuh msn broadband kat umah tuh dah tak leh pakai for this 10 days...depa go bengong for a while..adussss adus...cite yg agak sedey gak..tapi tak sedey sgt ah...kes aku ngan tini pepagi kene harung hujan dan sejuk pi kelas econ 361 tuh...sedey ooo...pepening pale aku nih kene ujan....takutlah plak kalau demam...adehh...gi kelas kene ujan...balik kelas pun kene ujan gak :( .....kuat betul dugaan org yg belajar nih....belajar jauh lak tuh...ai...kalau demam ke ape ke...kengkawan jelah tempat nak mengadu...mak bapak sume jauh...sedih sedih...takpe...takpe kay...berjihad nih...banyak pahala nih...nway...malam ni ade usrah kat umah pa..nakibah die..cik tinie minie...heheheh...alamak...nak pi kelas nih..ngatuks giles.....aduhhh aduh...nantilah sambung lagi ek..salamzzz
 
ssshhhhh...sape tu??? :)
03.02.04 (4:16 pm)   [edit]





Students Hostel Abbasiah, cairo,Egypt....


No. Bilik : 59 (Penghulu)

  
:
Ahmad Najaa' Bin Mokhtar

 Negeri : Pahang

 Fakulti : Usuluddin

Jabatan : Aqidah & Falsafah

 Tahun : Tiga

 Universiti : Al-Azhar

Peranan Dalam Arma:

Penghulu Aras Tiga


: Mohd Rashimi Mohamed

Negeri : Pahang

 Fakulti : Usuluddin

 Jabatan :

Tahun : Dua

Universiti : Al-Azhar

 
Right now i`m